NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA


SEJARAH SEKOLAH



Sejarah sekolah ini juga Guru Besar sedia ada tidak mendapat maklumat yang tepat atau yang telah dibukukan.

1.LOKASI SEKOLAH

Sekolah ini terletak kira-kira 9km dari Bandar Melaka Bersejarah.Luas kawasan ialah kira-kira 2.389 ekar.

2.SEJARAH AWAL

Sekolah Kebangsaan Cheng telah dibangunkan pada awal tahun 1930-an. Pada perinkat awal sekolah ini terdiri daripada satu bangunan dua tingkat yang diperbuat daripada kayu disebelah atas manakala
bawahnya diperbuat daripada batu dan atapnya adalah genting. Ditingkat atas bangunan ini ada satu bilik darjah besar tiga bilik dibawah.Bilik Guru Besar terletak di tingkat atas. Terdapat enam orang guru dan seorang tukan kebun.

3.PERKEMBANGAN SEKOLAH

Bangunan dalam tahun 1976,satu bangunan batu dua tingkat telah didirikan. Bangunan ini mempunyai dua bilik darjah, sebuah bilik, sebuah bilik Guru Besar, sebuah pejabat dah bilik tandas murid lelaki. Sebuah bilik darjah di tingkat bawah digunakan untuk bilik perpustakaan dan bilik pusat sumber.

Sebuah bangunan gotong royong telah dibina dan siap pada 22.12.1988 yang mengandungi 4 bilik darjah. pada 27.03.1993 sebuah bangunan 4 tingkat dan sebuah bangunan tiga tingkat telah mula dibina. Bangunan tambahan ini megandungi 12 bilik darjah, sebuah ruangan pentadbiran, sebuah bilik guru, perpustakaan, bilik tayang, bilik gerakan, bilik perkembangan staf, bilik sembayang, kedai buku, stor SPBT dan klinik. Bangunan ini mula  dibangunkan pada tarikh 20.06.1994. Pada  pertengahan tahun 1999 blok F telah dibina dan digunakan sebagai bengkel KH pada Ogos 1999.

Sebuah kantin sekolah yang sederhana besarnya telah dibangunkan bersama-sama dengan bangunan tambahan dua tingkat satu blok pada tahun yang sama. Pada pertengahan tahun 1995 sediket unjuran telah dibuat untuk menambah keluasan kantin. Sebuah padang permainan telah dibina pada tahun 1930-an yang masih digunakan hingga sekarang. Padang permainan ini juga digunakan oleh murid-murid tua sekolah dan orang luar untuk bermain bola sepak pada waktu petang.


SENARAI GURU BESAR DARI TAHUN 1994

1. PN SYARIFAH BINTI ABD JALIL                    MEI 1994 - MAC 2000
2. EN MOHD SAAT BIN HJ LATIP                       DISEMBER 2000 - SEPTEMBER 2001
3. TN HJ SHAHABUDIN BIN ISMAIL                 OKTOBER 2001 - FEBRUARI 2004
4. TN HJ YAACOB BIN YUSOF                           JULAI 2004 - NOVEMBER 2007
5. PN HJH SITI ESAH BINTI BUYONG              DISEMBER 2007 - NOVEMBER 2011
6. PN KAMISAH BINTI ABDULLAH                 DISEMBER 2007 - NOVEMBER 2014
7. EN NEZAM BIN MD DERUS                           DISEMBER 2014 - DISEMBER 2015
8. EN HAZMAN BIN DOLAH                              DISEMBER 2015 - SEKARANG
Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.