NO. TEL : 06-334 1353

NO. FAKS : 06-334 1435

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK CHENG, MELAKA

Kata Kata Aluan Tuan Guru Besar


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa 11
Berkat, Tepat, Cepat



Sebagai Peneraju Utama Sekolah Kebangsaan Cheng , saya mengharapkan semua warga sekolah ini dapat menghayati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang mengandungi 5 aspirasi sistem , 6 aspirasi murid dan 11 anjakan utama. Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka pelan pendidikan yang pragmatik ini agar dapat direalisasikan sepenuhnya demi kelansungan Negara di persada dunia.

Sebagai pendidik kita semua dituntut untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kemajuan ICT dalam era globalisasi yang semakin mencabar .Kita semua bertanggungjawab untuk melahirkan generasi berilmu , berketrampilan dan berakhlak mulia seperti termatub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan  serta Visi Dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu saya menyeru semua warga Sekolah Kebangsaan Cheng bangkit menyahut cabaran ini dengan menanamkan semangat dan azam baru untuk membuktikan kecemerlangan sekolah ini dapat dilaksanakan.

Saya yakin dan percaya seluruh warga SK Cheng akan mempertingkatkan usaha  untuk menjana kecemerlangan sekolah ini seiring dengan kecemerlangan pendidikan Negara kita.Saya sentiasa menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap barisan pendidik dan semua staf sokongan sekolah ini berkemampuan memajukan dan memperkasakan SK Cheng.

Akhir kata dari saya mengharapkan kerjasama semua pihak dapat berkerja secara sepasukan dalam memajukan sekolah ini.

Terima Kasih,

Salam hormat dari saya,


Pn. Roziah Binti Mohamad
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Cheng,
Melaka.
Penafian: Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh pihak sekolah.